Amyramethyst: ASPEK-ASPEK KOMSAS

ASPEK-ASPEK KOMSAS


1.        Tema
Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung atau tidak langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa.

2.        Persoalan
Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan cereka. Contoh persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani mengambil risiko. Azfa bernai menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu risiko yang ditanggungnya.

3.        Watak
Pelakon yang menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang menggerakkan cerita), dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani. Watak sampingan ialah Tengku Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz.

4.        Perwatakan
Gambaran keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan termasuk pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh perwatakan Azfa Hanani ialah seorang gadis berusia 17 tahun, taat kepada pak long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu sebelum bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.

5.        Plot
Rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat, dijalin dengan melibatkan konflik atau pertikaian yang akhirnya menemukan peleraian. Contoh dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan cerita, contohnya dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian cerita.

6.        Latar
Terbahagi kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu peristiwa), latar masa (masa/zaman peristiwa berlaku) dan latar masyarakat (golongan yang diwujudkan dalam cereka contoh bangsa/etnik,jantina, kampung/bandar/kota dan sebagainya. Contoh Latar Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya “mencuri” buku disyaki oleh rakan-rakannya.

7.         Gaya Bahasa
Rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang lebih indah contoh, pepatah, kata-kata kalimat, peribahasa, pantun, dialek daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi, personafikasi, perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis.

8.        Simile
Unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak dll.

9.         Inversi
Pembalikan kata, frasa atau ayat.

10.    Hiperbola
Sesuatu perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan.

11.    Perulangan/repitisi
a)  Anafora = perulangan di awal ayat/baris
b) Responsi = perulangan di tengah ayat/baris
c)  Epifora = perulangan di akhir ayat/baris

12.     Personifikasi – memberi sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda.

13.  Metafora – unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan makna lain daripada makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan abstrak.

14.      Imej alam ­–penggunaan unsur alam.

15.      Sinis – kata-kata yang diungkapkan dengan tujuan menyindir.

16.     Unsur Bunyi
             a)    Asonasi = perulangan huruf-huruf  vokal (A,E,I,O, dan U)
             b)   Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf Konsonan (selain daripada huruf vokal)
             c)    Jeda = pemberhentian di tengah baris semasa dideklasmasikan  (biasanya sajak)
             d)   Rima akhir = pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi (Biasanya pantun)
                          
17.   Teknik Plot – teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan ceritanya  supaya keihatan lebih menarik. Antara teknik:

  a)  Dialog – pertuturan antara dua atau lebih watak. Biasanya ada “ ”.
  b)  Monolog   pengucapan seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain.
  c)  Monolog dalaman – berupa pengucapan dalam hati atau fikiran seseorang.
  d)  Imbas Kembali – peristiwa yang digambarkan semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan.
  e)  Imbas Muka – ramalan atau jangkaan oleh watak.
 f) Pemerian / pengisahan  penceritaan secara langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu tempat.
 g) Kejutan – perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot lebih menarik dan berkesan.
  h)  Saspens – teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan rasa ingin tahu atau membuatkan watak atau pembaca tertanya-tanya insiden yang bakal berlaku.

18.  Nilai – sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Terdapat 16 nilai murni yang wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu,
a)   baik hati,
b)   berdikari,
c)   hemah tinggi,
d)   hormat-menghormati,
e)   kasih sayang,
f)   keadilan,
g)   kebebasan,
h)   keberanian,
i)    kebersihan fizikal dan mental,
j)   kejujuran,
k)   kerajinan,
l)    kerjasama,
m)  kesederhanaan,
n)   kesyukuran,
o)   rasional dan
p)   semangat kemasyarakatan.

19.  Pengajaran – Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman sebagai inti fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watak-wataknya.
Ciri-ciri pantun
1.             Rima akhir abab,
2.            Unsur jeda (pemberhetian seketika kebiasaannya ditengah-tengah)
3.            1 Baris atas – pembayang dan 1 Baris bawah – maksud (Pantun 2 kerat)
4.            2 Baris atas – pembayang dan 2 Baris bawah – maksud (Pantun 4 kerat)
5.            3 Baris atas – pembayang dan 3 Baris bawah – maksud (Pantun 6 kerat)

by Amyra Javaroses
Created with Artisteer

0 comments:

Search

The Author

Name :Amirah binti Abdul Rashid

Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : Educator


Part-time : Tutor and Freelance Web Designer

Blogroll

  • PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN - Tengok entri aku tuh.. Rasa macam tension je kan... Hahaha.. Hari ni dah 36 minggu aku mengandung, tinggal lagi 4 minggu aku nak bersalin. Penat tak ter...
    9 years ago
  • JUMPERS - Type : Jumpers Colour : Green Size : Fit to 6 to 9 months Material : 100% cotton Brand : H&M Price : RM 29.90 Type : Jumpers Colour : Maroon Size : 6 t...
    11 years ago
Powered by Blogger.